HITAM PUTIH KEHIDUPAN KITA: Fatih Seferagic - Hafiz muda Bosnia berpotensi tin...: Salam semua, Alhamdulillah, pagi ni saya terlintas dalam FB seorang rakan tentang satu video seorang qari dan al-hafiz muda, Fatih Sefera...Saya terpegun dengan bacaannya - fasih (bukan keturunan Arab), bersuara sedap dan merdu, dan ada lenggok qari dan imam Syeikh Misyari. Tersentuh hati mendengarnya.. .masyaAllah.
Beliau seorang pemuda ( 18 tahun?) berasal dari Bosnia, yang dilahirkan di Germany. Berpindah ke USA pada umur 4 tahun. Mula tinggal di Baltimore selama 7 tahun di mana beliau tamat kursus hafazan di Islamic Society Baltimore (ISB), di bawah tunjuk ajar Syeikh Qari Zahid & Qari Abid. Beliau berpindah ke Dallas selama 10 bulan untuk belajar bahasa Arab klasik di Bayyinah's Dream. Kini beliau tinggal di Houston, Texas, sebagai seorang pelajar dan juga guru Qur'an. Fatih juga adalah Ketua Pemuda Masjid Syeikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.
Dari FBnya, bacaan Al-Qur'annya dipengaruhi Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy...juga syeikh qari yang saya minati. Hayati bacaan syeikh besar dari surah Al-Qiyamah juga.
(Sheikh Mishary Al-Afasy official USA tour to Irvine, CA. Recitation of surah Al Qiyaamah during Isha prayer at Islamic Institute of Orange County (IIOC) on March 26th, 2007) - hari ini mencapai 1,058,601 views)
Fatih Seferagic mempunyai hobi menulis, membaca, main games, belajar bahasa, falsafah dan psikologi, malah ice-skating juga, dan seperti remaja di Amerika Syarikat (AS) pada umumnya, Fatih juga memiliki akaun media sosial di Twitter dan Facebook. Beliau juga membuat tusyen bacaan Al-Quran melalui Skype.
(Rujuk: FB: https://www.facebook.com/fatihseferagic - sehingga penulisan ini, jumlah likes ialah 154,000)
Maklumat lain: sila rujuk Instagram (TheRealFatih) dan
Twitter ( FatihSeferagic) beliau yang tertera di FBnya. https://twitter.com/FatihSeferagic/following (tarikh ini : 40,253 pengikut)
Bacaan Al Quran oleh Fatih Seferagic - Surah Al Fatihah & Surah Ar Rahman pada 2 Julai 2013 di Masjid Al Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
( http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=N1Lv0INv6_s&NR=1)
Beliau juga dapat berceramah& dakwah kepada para pemuda & belia : http://www.youtube.com/watch?v=HpuIamUDBKM
Moga ramai anak-anak Malaysia dapat mencontohi syeikh hafiz muda ini - didoakan agar Allah SWT merahmati beliau sentiasa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar